HomeUtamaCOVID-19 : Kota Kinabalu Kembali Rekod Kes Jangkitan 3 Angka

COVID-19 : Kota Kinabalu Kembali Rekod Kes Jangkitan 3 Angka

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Daerah Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi melepasi tiga angka iaitu sebanyak 102 kes dengan peningkatan sebanyak 27 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, angka jangkitan di negeri Sabah juga adalah tidak statik setelah mencatatkan peningkatan semalam.

“Kumulatif kes pada hari ini merekodkan sedikit penurunan iaitu (-15) kes, menjadikan catatan pada hari ini sebanyak 790 kes.

“Sebagaimana jumlah penurunan dengan jumlah yang kecil pada hari ini, bilangan daerah yang mencatatkan penurunan kes adalah 15 daerah, manakala daerah dengan peningkatan kes adalah sebanyak 12 daerah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, daerah lain yang mencatatkan peningkatan kes dengan ketara ialah Kota Marudu +27 kes, Tuaran +19 kes, Beluran +17 kes, Sandakan +11 kes dan Papar +11 kes.

Katanya, daerah yang mencatatkan penurunan tertinggi ialah Ranau -22 kes, Keningau -19 kes, Kota Belud -17 kes, Tambunan -15 kes, Pitas -14 kes dan Beaufort -13 kes.

“Status dan statistik pendaftaran kes-kes yang diumumkan hari ini menunjukkan cuma 494 kes atau 62.53 peratus yang merupakan daftar kes sepanjang 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 90.38 peratus daripada jumlah kes pada hari ini adalah Kategori 1 dan 2 yang lazimnya hanya memerlukan rawatan kendiri dirumah sahaja atau di PKRC,” katanya.

Katanya, terdapat tujuh kes dalam Kategori 3, lima  kes dalam Kategori 4 dan dua  kes dalam Kategori 5.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya