HomeUtamaMAFI Serah Bantuan MAFI Prihatin Kepada 1,500 Petugas Barisan Hadapan MINDEF

MAFI Serah Bantuan MAFI Prihatin Kepada 1,500 Petugas Barisan Hadapan MINDEF

Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR : Seramai 1,500 orang petugas barisan hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) menerima bantuan MAFI Prihatin yang disalurkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Penyerahan yang diadakan di Kem Kementah Kuala Lumpur itu disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan turut dihadiri Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dr Ronald berkata, sumbangan in-kind berbentuk hasil pertanian itu adalah kesinambungan program MAFI Prihatin yang merupakan inisiatif MAFI bagi membantu golongan sasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di samping menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam usaha memerangi pandemik tersebut.

Katanya, Program MAFI Prihatin yang dilancarkan Januari lalu juga telah diperkasakan dengan penglibatan pihak swasta dan pemain industri sebagai rakan strategik selaras dengan pendekatan whole-of-nation yang menggembleng kerjasama seluruh anggota masyarakat dan Kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

“Bantuan melalui MAFI Prihatin juga telah diberikan kepada golongan yang terkesan akibat banjir dan bencana alam yang lain serta kepada badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan.

“Program MAFI Prihatin ini adalah sangat memberangsangkan dalam memberi ruang dan memberi manfaat kepada banyak pihak terutama sekali di dalam tempoh pandemik yang begitu mencabar ini.

“Manfaat ini kini turut dirasai oleh para semua frontliners dan ini sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat dan usaha mereka untuk meneruskan perjuangan dalam memerangi wabak COVID-19 ini.

“Melangkah ke hadapan, bagi pihak MAFI, saya memberi jaminan dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di antara Kementerian dan sudah pasti ia baik kepada negara demi kesejahteraan rakyat,’’ katanya.

Secara keseluruhannya, sejak Januari hingga September yang lalu, seramai 117,033 penerima menerima manfaat telah direkodkan melalui Program MAFI Prihatin di lebih 500 lokasi seluruh negara melibatkan 10 buah jabatan dan agensi di bawahnya.

Sehingga, 3 Oktober 2021, pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja, telah memberi manfaat kepada 38,874 orang di 203 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 76.60 tan metrik makanan telah disalurkan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya