HomeUtamaWakil Rakyat Ada Hak Memilih Platform Untuk Berkhidmat

Wakil Rakyat Ada Hak Memilih Platform Untuk Berkhidmat

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Setiap wakil rakyat khususnya di Sabah berhak untuk memilih dan berkhidmat dengan mana-mana parti politik atau bergerak secara bebas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia juga merupakan hak demokrasi ahli politik untuk berkhidmat melalui landasan atau parti politik yang diinginkan.

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai hak istimewa untuk berkhidmat dengan mana-mana parti politik atau memilih bergerak secara bebas.

“Saya rasa itu sahaja yang boleh saya komen kerana ini terpulang kepada ADUN berkenaan.  Selain itu, kita juga berterima kasih kepasa ADUN yang menyokong hala tuju kerajaan negeri Sabah dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan mengistiharkan menyokong kerajaan pimpinan GRS semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, dengan sokongan wakil rakyat yang menyokong GRS akan membolehkan kerajaan Sabah terus memberi fokus kepada perpaduan dan juga pembangunan rakyat untuk negeri Sabah.

Terdahulu, beliau turut merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah 2021 bertempat di Kompleks Sukan Likas, di sini, pagi tadi.

Semalam, ADUN Sindumin yang juga bekas Ketua Penerangan WARISAN mengumumkan keluar dari parti itu dan memberi sokongan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah dibawah pimpinan GRS.

Tindakannya itu adalah atas kehendak sendiri tanpa paksaan atau dorongan daripada mana-mana pihak.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya