HomeIsu tempatanSabah Park Benarkan Pelawat Lengkap Vaksinasi Memasuki TTS

Sabah Park Benarkan Pelawat Lengkap Vaksinasi Memasuki TTS

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Taman- Taman Sabah (TTS) mula membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksinasi untuk memasuki dan melawat semua taman atau sub-stesen di bawah kendalian TTS.

Ia selepas prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian TTS dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua telah dikemaskini pada 5 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook Sabah Park semalam menyatakan hanya pelawat yang lengkap divaksin dibenarkan melawat ke TTS.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga yang lengkap divaksinasi juga boleh membawa kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun memasuki kawasan TTS.

“Namun kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan untuk ‘dine in’ di restoran dalam kawasan TTS.

“Kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun juga dibenarkan mandi di kolam terbuka (air panas)/tertutup (enclosed bathtub) di stesen mata Air Panas Poring, Taman Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Walaubagaimanapun masih tidak dibenarkan mandi di ‘slide pool’ dan ‘rock pool’ buat sementara waktu.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyatakan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun buat masa ini tidak dibenarkan mendaki Gunung Kinabalu/Puncak Bohey Dulang (Taman Marin Tun Sakaran, Semporna) manakala pelawat yang berumur di atas 70 tahun adalah tidak digalakkan.

“Sila patuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri Sabah dan Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 serta arahan Pengarah/Pengurus Taman/Pegawai Taman yang diberi kuasa dari masa ke semasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya