Abang Sulung Bung Moktar Meninggal Dunia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BUKIT GARAM: Bekas Ketua Usia Bahagian Kinabatangan Hamidin Radin, 69, yang juga merupakan abang sulung kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Duchess Of Kent Sandakan petang semalam (11 Oktober 2021) kerana mengalami komplikasi buah pinggang.

Menurut pegawai media Datuk Seri Bung Moktar, Jaafar Wahid berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak minggu lalu yang sebelum ini turut menjalani rawatan hemodialisis.

Katanya, jenazah Allahyarham Hamidin telah selamat dikebumikan berhampiran dengan kediamannya di kampung Bukit Garam pagi tadi.

Allahyarham Hamidin meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak .

Sepanjang hayat Allahyarham, beliau merupakan seorang aktif dalam kegiatan dakwah melalui Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bahagian Kinabatangan yang beliau terajui sebelum mengundurkan diri kerana faktor kesihatan.

Allahyarham juga merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan kemasyarakatan khususnya di kawasan Kinabatangan

Selain Bung yang juga Ahlli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lamag turut berada di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Sukau Datuk Jafr Arifin, Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah Datuk Juhari Janan, bekas Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, ahli keluarga Allahyarham serta pemimpin masyarakat tempatan.

Sementara itu Bung ketika ditemui turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada saudara mara rakan-rakan yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan Allahyarham termasuklah mereka yang hadir di upacara pengebumian Allahyarham.

“Saya berterima kasih atas ucapan dan doa kepada Allahyarham abang sulung saya, kepada seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir di majlis pengebumian hanya Allah SWT sahaja memberikan ganjaran pahala kepada semua” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *