HomeUtamaHajiji Serah Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi Baharu PBNS

Hajiji Serah Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi Baharu PBNS

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang baharu kepada Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji berkata, pelantikan itu merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh komitmen bagi memperkasa PBNS.

Katanya, PBNS merupakan sebuah institusi yang penting dalam membantu masyarakat Islam di Sabah.

Beliau juga mahu pengerusi dan pengurusan PBNS memastikan objektif penubuhan perbadanan baitumal tercapai.

Antara lain objektif PBNS ialah mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau tidak alih mengikut peruntukan Enakmen Perbadanan Baitulmal dan Hukum Syarak.

PBNS juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.

Di samping itu, PBNS juga berperanan untuk membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim dan Timbalan Pengerusi PBNS, Ag Syairin Ag Bakar.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya