HomeUtamaMasyarakat Digesa Terus Patuhi SOP Kendiri Meskipun Rentas Daerah & Rentas Negeri...

Masyarakat Digesa Terus Patuhi SOP Kendiri Meskipun Rentas Daerah & Rentas Negeri Dibenarkan – Masidi

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Masyarakat digesa untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kendiri yang telah digariskan agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, meskipun Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan Rentas Daerah adalah dibenarkan mulai 14 Oktober 2021 dan Rentas Negeri dibenarkan bermula 1 November 2021 tetapi ianya tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

“Masyarakat digesa terus mematuhi SOP kendiri setiap masa untuk mengekang penularan jangkitan baharu COVID-19,” tegasnya.

Masidi berkata, kes kembali meningkat hari ini sebanyak 44 kes menjadikan 751 kes positif baharu dicatatkan di Sabah. Namun, bilangan pesakit COVID-19 sembuh hari ini iaitu 1,145 lebih tinggi berbanding kes positif baharu.

Sehubungan dengan itu, perbandingan antara jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang hari ini dengan masing-masing 13 daerah mencatatkan peningkatan dan penurunan serta satu daerah iaitu Kuala Penyu mengekalkan catatan sebagaimana semalam, “ujarnya.

Katanya, terdapat lapan daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tenom (+32) kes, Sandakan (+28) kes, Kota Kinabalu (+19) kes, Tuaran (+15) kes, Kota Belud (+12) kes, Penampang (+12) kes, Beaufort (+10) kes dan Tambunan (+10) kes.

Walau bagaimanapun, kes sebenar yang didaftarkan sejak 24 jam lepas hanyalah 507 kes atau 67.51% daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas dua hari keputusan diketahui.

Dalam pada itu, sebanyak enam kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu empat kes di Sandakan manakala Kudat mencatatkan dua kes kematian.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya