HomeUtamaStatus Rakan Sekutu Sabah & Sarawak Akan Dikembalikan

Status Rakan Sekutu Sabah & Sarawak Akan Dikembalikan

Read Time:1 Minute, 31 Second

KUALA LUMPUR: Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersetuju kepada cadangan pindaan pada Perkara 1 (2) dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata keputusan tersebut dipersetujui semasa mesyuarat MKMA63, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob yang berlangsung hampir tiga jam, semalam (Isnin).

“Pindaan ini akan mentakrif semula maksud Persekutuan,” katanya.

Cadangan tersebut telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang juga mengetuai Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu MKMA63.

Beliau mendedahkan pindaan tersebut berbeza berbanding usul kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018, dan perbezaan utama dalam tambahan pindaan yang diusulkan ialah mentakrifkan semula ‘persekutuan’ dalam Perkara 160 (2).

“Pindaan ini akan menentukan status semua negeri di Malaysia sejajar dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, MA63 dan status setelah Singapura keluar pada tahun 1965,” jelas Wan Junaidi.

Maximus berkata, MKMA63 bersetuju agar cadangan pindaan rang undang-undang dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.

“MKMA63 akan terus membincangkan perkara-perkara tertunggak dan memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak dipulihkan, terutamanya melalui jawatankuasa penyelesaian masalah di bawah MKMA63,” ujar Maximus.

Di samping itu, MKMA63 turut bersetuju memberi kuasa kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk mengeluarkan lesen untuk menangkap ikan laut dalam.

Dalam mesyuarat itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengemukakan kertas cadangan memohon persetujuan dari MKMA63 untuk memberi kuasa kepada Jabatan Perikanan di Sabah bagi mengeluarkan lesen kapal dan peralatan penangkapan ikan untuk tempat penangkapan ikan di Zon C, yang kini  dikendalikan oleh jabatan di peringkat persekutuan.

“Pada awalnya cadangan tersebut diajukan oleh Kerajaan Negeri Sabah, tetapi Majlis (MKMA63) telah bersetuju agar cadangan itu dan diperluas ke Sarawak juga,” kata Maximus.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

1 COMMENT

Leave a Reply to LUKIN TELIBAN Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya