HomeUtamaPemimpin Masyarakat Digesa Salur Maklumat Golongan Tolak Vaksin

Pemimpin Masyarakat Digesa Salur Maklumat Golongan Tolak Vaksin

Read Time:1 Minute, 32 Second

PAPAR: Pemimpin akar umbi disemua peringkat digesa untuk menyalurkan maklumat mengenai golongan yang menolak pemberian vaksin.

Pegawai Daerah Papar Hadzlan Jablee berkata, golongan tersebut dikesan sebagai salah satu penyumbang kepada kadar vaksinasi yang masih rendah di daerah berkenaan.

Katanya, daerah ini merupakan antara daerah yang mencatatkan jumlah penerima vaksin yang rendah. 

“Setakat tiga minggu lalu, Papar mencatatkan hanya  56 peratus bagi dos kedua daripada jumlah penduduk 167,300 orang.

“Kita telah mencuba sedaya upaya untuk mencapai 60 peratus vaksinasi supaya daerah ini tidak terasing dan tertinggal berbanding daerah lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Sepakat @Komuniti Peringkat Daerah Papar, disini semalam.

 Hadzlan berkata, selepas diselidik, pihaknya mendapati antara penyumbang kepada kadar vaksinasi rendah itu ialah wujudnya segelintir masyarakat yang takut divaksin menyebabkan mereka menolak program vaksinasi kerajaan.

“Oleh itu, semua pemimpin masyarakat, ketua kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) perlu menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak kita untuk memastikan semua penduduk menerima vaksinasi,” katanya.

Dalam pada itu, Hadzlan berkata, langkah seterusnya ialah meneruskan usaha untuk meyakinkan golongan tersebut termasuk mengadakan program dari rumah ke rumah.

“Vaksinasi adalah perkara nombor satu bagi saya dan tugas saya masih belum selesai walaupun Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sudahpun ditutup.  Namun pemberian vaksin masih dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di klinik-klinik kesihatan.

“Bagi memastikan semua penduduk divaksinasi, saya akan membawa pasukannya dari rumah ke rumah untuk memberi penjelasan lebih mendalam mengenai vaksin supaya mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa yang ditemui media memaklumkan pihaknya bersedia untuk membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah mendepani isu tersebut.

“Sebagai jabatan yang mempunyai akses penuh komunikasi bersemuka dengan masyarakat akar umbi, pihak Jabatan Penerangan bersiap sedia untuk membantu PKOB turun padang bagi memperjelas dan menangani golongan berkenaan,” katanya. – Penerangan.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya