HomeUtamaRAVO Berjaya Vaksinasi Hampir 100% Penduduk Di 75 Lokaliti Sandakan

RAVO Berjaya Vaksinasi Hampir 100% Penduduk Di 75 Lokaliti Sandakan

Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN : Projek Penilaian Pantas dan Operasi Vaksinasi (Rapid Assessment Vaccination Operation) (RAVO) di Sandakan berjaya memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada hampir 100 peratus penduduk berumur 12 tahun ke atas di 75 lokaliti.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata projek yang diilhamkan oleh Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin itu, membawa hasil menggalakkan meskipun Sandakan masih menjadi antara daerah terendah kadar vaksinasinya di Sabah.

“Sepanjang 4 hingga 19 Okt lepas, kami telahpun berjaya membuat bancian di lokaliti-lokaliti yang kami rasa padat dengan penduduk dan bermasalah seperti semua lokaliti atas air (penempatan atas air) ataupun di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) kerana ada rekod kematian COVID-19 sebelum ini.

“Dalam tempoh tersebut, RAVO telah dilaksanakan di 75 lokaliti dengan 33,266 orang daripada 43,300 penduduk keseluruhan telah divaksin,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan penggalak vaksin COVID-19 di sini hari ini.

Dr Johari berkata projek RAVO itu akan diteruskan di lokaliti berbaki 525 lokaliti di daerah itu.

Menurutnya antara sebab statistik kadar vaksinasi yang rendah di Sandakan ialah kerana terdapat penduduk daerah itu yang mengambil vaksin di luar Sandakan namun rekodnya tidak termasuk dalam data Sandakan.

Beliau berkata data kadar vaksinasi berdasarkan denominator sedia ada tidak mencapai 60 peratus, namun bancian menunjukkan peratusan itu telah pun dicapai di Sandakan. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya