HomeIsu tempatanMAN Anjur Program Pemerkasaan Adat di Ranau

MAN Anjur Program Pemerkasaan Adat di Ranau

Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Seramai 38 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua kampung dari tiga mukim iaitu Bundu Tuhan, Kundasang dan Perancangan menyertai Program Pemerkasaan Adat, Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini semalam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, program ini adalah untuk memperkasakan adat resam di daerah ini.

“Sabah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mengamalkan “Native Court” (Mahkamah Anak Negeri – MAN) yang diperkenalkan sejak zaman British lagi. Inilah keunikan kita di Sabah. Oleh itu, kita harus pertahankan sistem ini”, kata Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang semasa merasmikan program tersebut.

Dr. Joachim menyeru agar semua adat resam di kampung – kampung diseragam dan didokumentasikan untuk kegunaan generasi akan datang.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAN yang diketuai oleh Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Ruman kerana menganjurkan Jelajah Pemerkasaan Adat Daerah Ranau.

Dr. Joachim juga mengingatkan semua ketua – ketua kampung yang hadir supaya menasihatkan penduduk dibawah jagaan mereka yang belum divaksin agar berbuat demikian untuk membantu mencegah penularan Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Muhasip dalam ucapannya memberitahu program ini diadakan untuk membincangkan tentang keperluan memelihara adat- adat kampung dan berterima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya