HomeIsu tempatanBuku '100 Wanita Inspirasi Sabah' Dilancar November Ini

Buku ‘100 Wanita Inspirasi Sabah’ Dilancar November Ini

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) akan melancarkan buku ‘100 Wanita Inspirasi Sabah’, November ini.

Presiden IKSnita Sabah, Datuk Dg. Khatijah Datu Bachtiyal berkata, penulisan buku itu bermula pada Mac lepas yang mengandungi penceritaan wanita-wanita hebat dan berjaya di seluruh Sabah.

“Kita berharap, buku ini akan menjadi rujukan di institut-institut pengajian tinggi dan akhirnya akan disimpan di arkib mahupun muzium bagi rujukan generasi akan datang.

“Pelancaran akan diadakan pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang akan dihadiri Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, disini semalam. 

Tambah Khatijah, tarikh yang dipilih bagi pelancaran buku tersebut adalah bertepatan dengan hari lahir Toh Puan Norlidah yang akan turut diraikan pada majlis itu nanti.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Presiden IKSnita, Datuk Paduka Rehan Rahim dan Setiausaha IKSnita, Susanty Aziz./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular