HomeSukanSokongan Penonton Kekuatan Sabah FC Menentang JDT Jumaat ini - Kim Swee

Sokongan Penonton Kekuatan Sabah FC Menentang JDT Jumaat ini – Kim Swee

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU:  Sabah FC menghadapi cabaran cukup besar bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu apabila saingan TM Piala Malaysia 2021 bersambung semula 29 Oktober ini.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata ini merupakan perlawanan pertama beliau mengendalikan Sabah FC selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih bermula 1 Oktober lalu dan berharap persiapan rapi selama sebulan ini dapat diterjemahkan oleh anak-anak buahnya dengan keputusan yang positif.

Katanya dalam setiap perlawanan pasti ada kelemahan serta kekuatan namun semua pemain perlu fokus agar dapat menyaingi kekuatn pasukan JDT.

Kim Swee mengakui pasukannya mempunyai banyak kelemahan dan ada juga kekuatan.

“Tapi kelemahan paling ketara apabila dibolosi begitu banyak gol dalam saingan Liga Super lalu.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan dan kelemahan yang ada ketika bertemu JDT nanti dan percaya banyak perkara telah diperbaiki sepanjang tempoh rehat sebulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badak di padang sintetik Universiti Malaysia Sabah (UMS) disini hari ini.

Kim Swee berkata ketika ini Sabah FC boleh meletakkan sasaran yang positif sekaligus tidak boleh membenarkan JDT untuk menguasai perlawanan jumaat nanti.

“Kita perlu yakin bahawa bermain di laman sendiri merupakan salah satu kekuatan yang kita ada disamping sokongan daripada para penyokong selepas dibenarkan hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 bermula Jumaat ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya