HomeUtamaCOVID-19 : Saringan Bergejala Rekod Jumlah Kes Tinggi

COVID-19 : Saringan Bergejala Rekod Jumlah Kes Tinggi

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Kes jangkitan yang berpunca daripada saringan bergejala terus merekodkan jumlah yang tinggi membabitkan 41.4 peratus daripada keseluruhan jumlah kes bagi negeri Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat juga daerah-daerah lain yang merekodkan kes melebihi 50 peratus daripada jumlah kes di daerah berkenaan menerusi saringan bergejala.

“Antaranya, Kota Marudu, 31 daripada 45 kes, dan Kudat 18 daripada 31 kes. Beberapa daerah lain seperti Ranau (25/53), Pitas (11/23), Penampang (15/30) dan Tuaran (10/19) juga mencatatkan kes jangkitan secara sporadik yang agak tinggi.

“Kes-kes sporadik lazimnya dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang rendah,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, hampir semua daerah yang terlibat sering mengalami perubahan turun naik kes harian pada skala yang agak besar.

Katanya, jumlah kes positif bagi Sabah hari ini juga tidak banyak berubah iaitu mencatat penyusutan sebanyak 10 kes menjadikan jumlah kes baharu 589 kes.

“Jumlah daerah yang menunjukkan peningkatan yang agak tinggi adalah lebih banyak iaitu Kota Kinabalu +16 kes, Keningau +15 kes, Kota Marudu +12 kes, Kudat +12 kes, Kota Belud +11 kes dan Penampang +11 kes.

“Hanya dua daerah yang menunjukkan penurunan ketara iaitu Ranau -51 kes dan Beaufort -38 kes,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, pada hari ini tiada kes lewat daftar keputusan ujian saringan COVID-19 melebihi lima hari direkodkan.

Katanya, terdapat lima kes lewat daftar antara empat hingga lima dan sebanyak 224 kes merupakan kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari selepas keputusan saringan diketahui.

“Antaranya Kota Kinabalu dengan 56 kes lewat daftar, Kota Belud 33, Tenom 24, Penampang dan Lahad Datu masing-masing 22 kes.

“Sejumlah 360 kes lagi atau 61 peratus merupakan kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya.

Katanya, Sabah mengekalkan peratusan tinggi pesakit-pesakit COVID-19 dalam kategori yang dianggap tidak serius.

“Lebih 97 peratus daripada keseluruhan kes hari ini hanya dalam Kategori satu dan dua, dua  kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu  kes dalam Kategori 5. Sejumlah 12 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya