HomeUtamaSuruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri Akan Ditubuhkan Di Sabah

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri Akan Ditubuhkan Di Sabah

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh : ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU:  Kerajaan Sabah akan menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri bagi mengawasi perkhidmatan air dan pembentungan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, penubuhan suruhanjaya itu merupakan salah satu perkara yang akan digariskan dalam halatuju Jabatan Air Negeri  Sabah (JANS).

“Pengwujudan suruhanjaya ini merupakan penyelesaian jangka panjang untuk menangani masalah air di Sabah.

“Kita juga yakin penubuhan suruhanjaya air ini akan mengurangkan birokarasi dan meningkatkan kecekapan negeri bagi mengurus masalah air yang sekian lama berlaku di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Hala Tuju JANS  di Shangri-La Tanjung Aru Resort disini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Datuk Mohd Jasmin Juplin dan Pengarah Jabatan Air Sabah Ir Edward Linkapo.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, dengan pengwujudan suruhanjaya itu nanti akan dapat mengubah imej perkhidamatan  air di negeri ini.

“Pindaan terhadap enakmen air Sabah mesti dibuat di Dewan Uandangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum dapat dilakukan,” katanya.

Sehubungan dengan itu menurut Bung, bengkel tersebut merupakan forum yang paling sesuai bagi membincangkan secara terperinci pilihan yang ada dengan mengambilkira kebaikan dan keburukan setiap pilihan yang ada.

Bung berkata bagi menangani isu-isu bekalan air di Sabah, JANS memerlukan sekitar 13 bilion bagi mengganti dan menaiktaraf sistem bekalan air seperti  rangkaian paip lama dan menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) yang bermasalah,

“JANS adalah satu-satunya utiliti air di Malaysia yang masih berstatus jabatan dan menguruskan bekalan airnya sendiri tanpa bantuan secara langsung dari kerajaan Persekutuan.

“Kita berharap melalui suruhanjaya air yang bakal diwujudkan oleh kerajaan negeri nanti, bantuan secara langsung dapat diperolehi dari kerajaan pusat untuk menampung kos perbelanjaan yang tinggi untuk meningkatkan sistem bekalan air di Sabah,” katanya.

Katanya, melalui Bengkel Hala Tuju JANS  yang diadakan selama tiga hari itu akan dapat mencari  formula terbaik bagi menyelesaikan isu-isu bekalan air di Sabah dan seterusnya mengemukakan cadangan yang akan diangkat untuk perhatian kerajaan negeri.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya