130 Peserta Sertai Program Etika Kayuhan & Keselamatan Berbasikal

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

LAHAD DATU : Seramai 130 peserta sekitar daerah ini telah menyertai Program Etika Kayuhan dan Keselamatan Berbasikal sempena Pembudayaan Norma Baharu.

Program sehari itu dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Bahagian Pantai Timur Lahad Datu.

Setiausaha Kelab Berbasikal Felda Sahabat Yandy Merika berkata, penganjuran program itu merupakan kesinambungan daripada Bengkel Etika dan Keselamatan Berbasikal yang diadakan pada Rabu lalu.

Katanya, penganjuran program kayuhan itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak kerajaan.

“Program ini merupakan insiatif KBSS dalam usaha melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas bersesuaian dengan objektif kerajaan yang memperkenalkan program ‘Sukan untuk Semua’ dan ‘Malaysia Cergas’ disamping membentuk etika berbasikal yang baik dan selamat di jalan raya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy turut menyempurnakan cabutan pengunjung bertuah

“Bagi pihak KBSS, saya merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran program ini di Daerah Lahad Datu,” katanya kepada Sabah Media disini semalam.

Yandy turut berharap pengiat sukan berbasikal dapat mengamalkan keselamatan yang sempurna demi keselamatan semua pihak ketika berbasikal.

Terdahulu, program itu dirasmikan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy.

Pelepasan kayuhan  dilepaskan Pegawai KBSS Bahagian Pantai Timur Sabah Irwan Iskandar bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Momen Anchai bermula jam 7 pagi disini semalam.

Kayuhan sejauh 30 Kilometer itu turut disertai Andi Muhammad Suryady Bandy dan Pengarah FELDA Wilayah Dan Pengurusan FELDA Wilayah Sahabat Yusof Ismail.

Sebagai pematuhan kepada SOP, peserta kayuhan dibahagikan dalam kumpulan kecil dan dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing.

Para peserta juga diwajibkan mematuhi semua peraturan yang telah dipelajari dalam Bengkel Bimbingan Etika dan Keselamatan Berbasikal.

Hadir sama Penolong Setiausaha Sukan KBSS Sabdali Yusof; Pegawai Sukan Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau Junaidi Abbas dan Pegawai KBSS Daerah Semporna Marasun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *