COVID-19: Dua Kluster Baharu Jenis Komuniti Direkodkan Di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu merupakan jenis komuniti direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Jati, Kinabatangan dan Kluster Tumbalang, Ranau.

Katanya, Kluster Sawit Jati, Kinabatangan tercetus selepas kes indeks seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun, bekerja di sebuah ladang kelapa sawit (gatekeeper) di dalam Daerah Kinabatangan, mengalami sesak nafas dan demam sejak 20 Oktober 2021, disahkan positif COVID-19 pada 21 Oktober 2021 oleh Klinik Swasta Mabello Paris, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Berikutan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut positif COVID-19.

Manakala kluster kedua iaitu Kluster Tumbalang, Ranau dikesan di Daerah Ranau pada 23 Oktober 2021.

Menurut Masidi, kes indeks adalah lelaki tempatan berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu kereta sapu, disahkan positif COVID-19 di Hospital Ranau selepas bergejala sejak 19 Oktober 2021 dengan keputusan positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat yang dilakukan pada 25 Oktober sehingga 1 November 2021 mendapati seramai 54 orang daripada lokaliti yang sama dikesan positif COVID-19.

“Namun pada 3 November 2021, terdapat tambahan sebanyak dua orang lagi penduduk daripada Kg Tumbalang turut dikesan positif COVID-19 melalui saringan kontak rapat di klinik Timbua, menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 56 kes,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *