HomeSukanSabah FC Sangkal Dakwaan Tidak Berasas Sebuah Portal Online Tempatan

Sabah FC Sangkal Dakwaan Tidak Berasas Sebuah Portal Online Tempatan

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC memandang serius laporan sebuah portal media online tempatan bertajuk ‘Siasat Salah Laku dan Pecah Amanah dalam Sabah FC’ yang dilaporkan hari ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini,  Sabah FC menyangkal segala tuduhan yang dilaporkan media online tersebut sekaligus mempersilakan mana-mana pihak untuk melakukan siasatan dijalankan ke atas Sabah FC.

Setakat ini semua urusniaga perpindahan pemain (pemain import) mempunyai dokumen rasmi dengan mengikut prosedur ditetapkan serta bukan dijalankan secara sesuka hati.

“Tiada isu ‘Mark Up’ seperti yang dilaporkan portal online berkenaan. Sabah FC cuma membayar RM30,000 untuk kos logistik  penghantaran LED ke Kota Kinabalu dan ia merupakan sumbangan daripada salah satu penaja Sabah FC untuk musim ini.

“Bagi sistem Catapult pula  hanya RM65,000 dibelanjakan kelab dan ia dibeli secara terus daripada Australia tanpa membabitkan mana-mana pihak atau orang tengah (agen) seperti yang dinyatakan,” kata kenyataan itu disini malam ini.

Sabah FC mencabar sesiapa yang membuat kenyataan tersebut untuk tampil menunjukkan segala bukti berkenaan salah laku dan pecah amanah yang dinyatakan di dalam portal berkenaan.

Pihak pengurusan kelab akan membuat laporan polis untuk memaklumkan tentang hasutan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya portal online tersebut atau mana-mana pihak secara terus menerus menabur fitnah yang tidak berasas terhadap Sabah FC.

Sabah FC percaya segala tuduhan tidak berasas ini adalah dengan niat untuk menjatuhkan imej serta kerja keras yang dibuat pihak pengurusan kelab selama ini.

Fokus utama kelab adalah untuk meletakkan Sabah FC di landasan yang betul sama ada di dalam mahupun di luar padang.

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya