HomeUtamaPatuhi SOP Sempena Upacara 'Puja' Deepavali Esok

Patuhi SOP Sempena Upacara ‘Puja’ Deepavali Esok

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Masyarakat Hindu yang akan menyertai upacara ‘puja’ esok sempena sambutan Deepavali dinasihatkan supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Presiden Kuil Sri Pasupathinath Alayam Kota Kinabalu, Datuk Dr K Mathavan berkata, pihaknya menjangkakan lebih 300 orang penganut agama Hindu akan mengunjungi ke kuil itu nanti.

“Sempena ucapara sembahyang khas, kuil akan dibuka dua sesi iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan sesi kedua pula bermula 4.00 petang hingga 9.00 malam.

“Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh datang pada waktu rehat untuk melaksanakan upacara sembahyang masing-masing.

“Kapasiti dihadkan kepada 50 orang untuk berada dalam kuil pada satu-satu masa bagi mengambil bahagian dalam ucapara sembahyang selama 30 hingga 40 minit dan selepas itu, kita akan benarkan giliran untuk orang lain pula,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Hindu Sangam Malaysia Negeri Sabah berkata, pada tahun ini sambutan di kuil berkenaan diadakan secara sederhana dengan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kita mengalu-alukan kehadiran penganut Hindu untuk datang bersembahyang dan meraikan Deepavali, tetapi setiap orang yang hadir perlu mematuhi SOP yang ditetapkan demi kebaikan bersama.

“Dalam pada itu, kanak-kanak juga dibenarkan hadir dengan syarat ibu bapa mereka telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin,” katanya.

Tambah beliau, bantuan daripada anggota RELA juga telah dimohon bagi melancarkan sambutan serta memantau pematuhan SOP.

Untuk rekod, terdapat seramai 4,000 penganut Hindu di negeri ini terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan juga pelajar universiti.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya