HomeUtamaCOVID-19: Kadar Kebolehjangkitan Sabah 0.98, Kes Jangkitan Kembali Naik

COVID-19: Kadar Kebolehjangkitan Sabah 0.98, Kes Jangkitan Kembali Naik

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0 di Sabah pada ketika ini adalah 0.98 dengan merekodkan jumlah kes jangkitan sebanyak 500 kes hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan tambahan 58 kes berbanding 442 kes yang direkodkan semalam.

Katanya, Kota Kinabalu kembali menduduki tempat teratas sebagai penyumbang terbanyak kes baharu dengan 99 kes iaitu tambahan 57 kes berbanding sebelumnya.

“Walau bagaimanapun, mengikut analisis data hari ini, 95 daripada kes di Kota Kinabalu merupakan kes daftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui dan cuma empat kes berlaku di daerah Kota Kinabalu sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

“Antara daerah-daerah lain yang mencatatkan pertambahan kes baharu ialah Tuaran, Penampang,  Beaufort, Tenom dan Kuala Penyu. Kinabatangan mencatatkan penurunan jumlah kes yang besar, yakni -30.

“Tidak ada kes baharu di rekodkan di empat  daerah iaitu  Telupid, Lahad Datu, Tongod dan Kalabakan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, sebanyak 224 atau 44.8 peratus daripada keseluruhan 500 kes yang dilaporkan hari ini adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.

Katanya, selebihnya iaitu 276 kes atau 55.2 peratus adalah kes-kes yang berlaku sepanjang tempoh 24 jam yang lalu.

“Lebih 98 peratus daripada kes-kes hari ini adalah kes-kes yang dianggap ringan, yakni dalam kategori 1 dan kategori 2.

“Pesakit dalam kategori 3 cuma seorang, tiga orang dalam kategori 4 dan tidak ada pesakit dalam kategori 5. Lima kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

Dalam pada itu, Masid berkata, kajian yang dibuat oleh Institut Kesihatan Malaysia menunjukkan dos penggalak (booster dose) meningkatkan perlindungan diri daripada jangkitan COVID-19.

Katanya, semua penduduk yang berusia 40 tahun atau lebih diingatkan sekali lagi untuk memperolehi dos penggalak 6 bulan selepas dos kedua Pfizer dan 3 bulan selepas dos kedua Sinovac.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

U Mobile lancar kedai pertama di Sabah, perkukuh kehadirannya di Malaysia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya