HomeSukanManfaatkan 90 Minit Untuk Pastikan Layak Ke Separuh Akhir - Kim Swee

Manfaatkan 90 Minit Untuk Pastikan Layak Ke Separuh Akhir – Kim Swee

Read Time:51 Second

MELAKA: Skuad Badak masih mempunyai peluang 90 minit untuk layak ke separuh akhir sekiranya mampu menewaskan Melaka United FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee yakin pihak lawan kini lebih tertekan berbanding pasukannya kerana mereka bermain di tempat sendiri.

“Saya jangkakan saingan sengit akan berlaku dan percaya ini memberi lebih tekanan kepada Melaka United..

“Jika kita berjaya menjaringkan gol ini akan meletakkan tekanan kepada Melaka. Peluang masih terbuka kita mempunyai 90 minit ataupun 120 minit untuk bertarung,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media disini semalam.

Kim Swee berkata apa yang penting semua perlu bermain mengikut apa yang sudah dirancang sekali gus berharap semua pemain bersiap sedia walaupun sesiapa yang diturunkan pada perlawanan malam ini.

“Game plan amat mudah bagi saya. Kita tewas 1 – 0 di Stadium Likas…Sabah FC perlukan gol untuk layak.

“Jadi perancangan untuk esok…Kita perlu mendapatkan gol tetapi pada masa sama kita tidak harus terburu-buru dan perlu memastikan kita tidak dibolosi malam esok(malam ini),” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular