60 Penduduk Terima Bantuan RT Cares

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 54 Second

SIPITANG: Seramai 60 penduduk  menerima bakul makanan pada program RT Cares Kawasan Rukun Tetangga (KRT} Pekan Mesapol (Kg kalamauh) di sini baru-baru ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Kampung Kalamauh (PPKK) dan Surau Kg Kalamauh itu dihadiri Penolong Pegawai Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Sipitang, Noraishah Mohd Zin.

NORAISHAH (dua kanan) yang dibantu Abdul Bakar (kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada seorang ibu tunggal pada program RT Cares  KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) Sipitang.

Noraishah berkata, Program RT Cares merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bagi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan komuniti semasa pandemik Covid-19 melalui pemerkasaan tanggungjawab komuniti Rukun Tetangga.

“Program ini berteraskan kepada konsep RT4ALL iaitu RT untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang melalui semangat kebersamaan dengan hashtag #KitaBersama” , katanya ketika ditemui pada majlis pengagihan bantuan itu.

Katanya, program itu  selaras dengan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga di bawah Gerak Kerja Komuniti RT Sejahtera.

“Antara objektif program ini ialah memperkukuhkan tanggungjawab sosial Kementerian bagi membantu golongan yang terjejas dengan pandemik Covid-19 melalui pemerkasaan komuniti Rukun Tetangga.

“Ianya juga dapat menggerak dan memperkukuhkan peranan KRT dalam memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup komuniti semasa tempoh pandemik,” katanya

Selain itu, katanya program itu juga dapat membantu inisiatif kerajaan untuk memerangi Covid-19 dan mempercepatkan lagi roll-out Program Vaksinasi; dan membentuk masyarakat prihatin dan penyayang dalam kalangan masyarakat khususnya warga KRT itu sendiri.

Dalam pada itu Noraishah memberitahu,  daerah Sipitang yang mempunyai 23 KRT sentiasa aktif melaksanakan pelbagai program  termasuk RT Cares ini.

“Sebelum ini, KRT ini  dan beberapa KRT di daerah ini   turut melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dalam Membantu usaha kerajaan  merealisasikan imuniti kelompok,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh), Abdul Bakar Esah berkata, pihak penganjur telah menyediakan 60 bakul makanan untuk diagihkan kepada penduduk yang telah dikenalpasti terkesan akibat pandemik ini.

“Penerima bantuan ini terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) , warga emas, ibu tunggal, pesakit terlantar,  pesara yang tidak berpencen, penduduk yang hilang pekerjaan dan tiada pekerjaan,” katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada JPNIN, Jawatankuasa Surau dan PPKK serta semua AJK KRT.

Hadir sama pada program yang dijayakan  oleh 15 ahli jawatankuasa KRT itu, Pegawai dari Ibu Pejabat JPNIN Kota Kinabalu, Faiz Mohd Zahri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *