HomeUtamaSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Masuk Negeri Ini Tanpa Ujian Swab Mulai...

Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Masuk Negeri Ini Tanpa Ujian Swab Mulai 1 Disember 2021

Read Time:1 Minute, 38 Second

KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelawat yang telah lengkap divaksin memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian swab mulai 1 Dis 2021.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman itu semasa merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ke-49 di Putra World Trade Centre (PWTC) di sini hari ini.

Ketua Menteri berkata, Sabah bersedia sepenuhnya untuk mengalu-alukan ketibaan antarabangsa sebaik sahaja Malaysia membuka semula sempadannya tahun depan.

“Menjelang November 2021, sudah ada 266 penerbangan mingguan terus ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan, dan Sarawak, dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.

“Di Sabah, terdapat 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk yang menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Dipilih sebagai “Destinasi Kegemaran Malaysia” buat kali ketiga selepas 2015 dan 2019, Sabah telah mengambil 12 gerai pameran untuk mempamerkan produk pelancongannya.

Bagi kemudahan penginapan, Hajiji berkata ia memadai untuk memenuhi jangkaan permintaan ditambah dengan tambahan 3,506 bilik dijangka tersedia dengan siapnya 11 pembangunan hotel baharu pada 2022.

Pada masa sama, Hajiji turut menyatakan Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah untuk segmen domestik dan antarabangsa bagi menambah baik promosi pelancongan, termasuk peralihan pasaran semasa pandemik.

Menurutnya, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan untuk mengadakan penglibatan maya, ekspo pelancongan, promosi, dan latihan mengenai kemas kini destinasi.

“Ini termasuk mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong melalui B2B dan G2G, dengan banyak negara termasuk China, Korea, Norway, Indonesia, Brunei, India, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki. STB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka dalam mewujudkan semula penerbangan terus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, penganjuran pameran MATTA dilihat penting ia merupakan permulaan fasa pemulihan bagi industri pelancongan selepas serangan Pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun.

“Saya gembira apabila melihat banyak perniagaan termasuk industri pelancongan berada dalam fasa pemulihan selepas bergelut untuk bertahan semasa wabak ini,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular