HomeUtamaMAFI Beri Perhatian 6 Teras Dalam Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna

MAFI Beri Perhatian 6 Teras Dalam Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna

Read Time:3 Minute, 27 Second

LABUAN : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi perhatian khususnya kepada enam teras utama di dalam Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi bagi tempoh sembilan tahun sehingga 2030.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pelan itu selaras dengan hasrat Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

Katanya, ia termasuklah Pematuhan Instrumentasi Domestik Dan Antarabangsa Perikanan Laut Dalam Dan Tuna dan Pembangunan Spesifikasi Vesel Dan Peralatan Serta Penetapan Kuota Tuna.

“Pelan ini turut memberi perhatian kepada teras yang melibatkan Pembangunan Dan Peningkatan Teknologi Perikanan Tuna selain Pembangunan Sistem Pengurusan, Kawalan, Dan Profil Industri Perikanan Tuna.

“Selain itu, MAFI turut melihat kepada Peningkatan Kapasiti Pengawalseliaan Perikanan Tuna serta Peningkatan Kualiti Pasca Tuai Dan Nilai Tambah Perikanan Tuna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021 – 2030 dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu, dan Laut Sulawesi 2021 – 2030 di Labuan disini hari ini.

Dr Ronald berkata, pelan strategik itu mensasarkan outcome yang kompetitif bagi memastikan pembangunan industri tuna negara dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif.

Katanya, ia dapat dilaksanakan melalui pertambahan bilangan vesel laut dalam dan tuna yang beroperasi di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) Malaysia dan laut lepas, peningkatan pendaratan tuna di Malaysia kepada 150,000 tan metrik.

“Pembangunan vesel moden perikanan laut dalam dan tuna secara bersepadu, pematuhan resolusi domestik dan antarabangsa kepada sekurang-kurangnya 85 peratus dan peningkatan pasaran produk berasaskan tuna yang bernilai tinggi di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Objektif utama pelan ini dibangunkan adalah untuk meningkatkan pendaratan tuna dari perairan Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi, memangkin pembangunan industri tuna melalui pelaburan swasta, membangunkan industri perikanan tuna secara mapan dan memenuhi piawaian antarabangsa, membangunkan modal insan dalam perikanan tangkapan dan pemprosesan tuna dan memantapkan sistem pengembangan dan pembangunan teknologi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, pihaknya turut menekankan walaupun Sabah dan Labuan terletak di sebelah Malaysia Barat, hasil tangkapan tuna di Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi perlu diberikan perhatian, diurus dan dieksploitasi dengan baik bagi meningkatkan pendaratan tuna dan hasil ekonomi nelayan tempatan.

“Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah kerana berjaya memuktamadkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna 2021-2030 dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi 2021 – 2030 selaras dengan hasrat Dasar Agromakanan Negara 2.0,” katanya.

Pada Oktober lalu, MAFI telah melancarkan DAN 2.0 bertujuan antara lainnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selain mengutamakan sekuriti serta nutrisi makanan negara.

DAN 2.0 juga mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan negara untuk lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

Selain DAN 2.0, galakan penerokaan perikanan laut dalam menerusi pemodenan vesel merupakan antara usaha yang sedang dilaksanakan oleh MAFI melalui DOF di bawah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2030 (Pelan DSMN) untuk memastikan jaminan bekalan makanan sumber protein yang berterusan.

Bagi tujuan ini, Kerajaan telah memperuntukkan Dana Pembiayaan untuk Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan sebanyak 150 juta ringgit dengan agihan 100 juta ringgit untuk Zon A dan Zon B, manakala 50 juta ringgit untuk perluasan skop Zon C dan C2.

Sehingga kini, terdapat 265 permohonan dengan nilai pembiayaan 108 juta ringgit telah diperakui di peringkat DOF.

Daripada jumlah pembiayaan tersebut, 92 juta ringgit adalah untuk pembiayaan program pemodenan manakala 16 juta ringgit lagi untuk pembiayaan program mekanisasi.

Dalam ucapan pelancaran, Dr Ronald turut menyatakan komitmen Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) telah memperuntukkan sebanyak 14 juta ringgit kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk menjalankan Projek Pembangunan Perikanan Komersial Laut Dalam dan Tuna bagi meningkatkan usaha pendaratan dan penglibatan pemain industri serta nilai tambah perikanan laut dalam dan tuna.

Dengan inisiatif ini, pengurusan dan kawalan perikanan komersial dapat dipertingkatkan menerusi platform digital, peningkatan kepada pematuhan antarabangsa, peningkatan fasiliti pendaratan dan pengendalian hasil perikanan serta peningkatan produk perikanan laut dalam dan tuna.

Tegasnya lagi, kedua-dua pelan ini memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya kementerian, jabatan, agensi, pemain industri, sektor swasta dan para nelayan khususnya bagi memastikan industri tuna dalam sektor perikanan terus berkembang maju serta dimanfaatkan oleh semua pihak berkepentingan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya