HomeUtama'Outreach' Dekati Golongan Wanita Pastikan Kebajikan Terbela

‘Outreach’ Dekati Golongan Wanita Pastikan Kebajikan Terbela

Read Time:1 Minute, 41 Second

PUTATAN: Mekanisme ‘outreach’ bagi mendekati golongan wanita merupakan elemen penting bagi memastikan kebajikan kaum hawa terus di bela di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, naratif membantu golongan B40 dan M40 di kalangan wanita  itu perlu diperluas dan dengan kaedah outreach agar ia dapat memanfaatkan lebih ramai golongan wanita. 

“Program Outreach Santuni Wanita ia merupakan satu program turun padang bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu merakyatkan perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat dan bagi program ini golongan sasarnya adalah wanita.

“Salah satu flagship JHEWA ini adalah khidmat guaman untuk kaum wanita khususnya bagi mereka yang berada dalam golongan B40 dan M40 yang tidak  mampu untuk melantik peguam swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program ‘Outreach’ Santuni Wanita ‘Merakyatkan Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) negeri Sabah dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat di Dewan Sri Putatan, disini hari ini.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berharap orang ramai akan dapat pemahaman yang jelas tentang perkhidmatan yang disediakan oleh JHEWA melalui program ‘outreach’ yang akan dilaksanakan.

“Panel peguam kita akan menerangkan apa dia kumpulan sasar yang dapat menerima khidmat daripada program-program JHEWA ini dan apa intipati yang akan dapat diberi oleh perkhidmatan guaman kepada wanita-wanita yang termasuk dalam golongan sasar.

“Saya berharap mereka yang hadir ke program ini akan dapat pemahaman yang jelas dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan sedemikian,” katanya.

Program Outreach Santuni Wanita ini akan diadakan secara bersiri di 73 kawasan DUN di Negeri Sabah.

Antara pengisian program ini adalah penerangan fungsi pusat bantuan guaman wanita meliputi perkhidmatan nasihat guaman, bantuan guaman, hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga, undang-undang perkahwinan bawah umur dan program-program kesedaran sosial serta motivasi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JHEWA; Haslina Ismail, Ketua Daerah Putatan; Datuk OKK Dahali Matsin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat; Sufian  Matin.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular