HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Catat Trend Penurunan Kes Jangkitan

COVID-19 : Sabah Catat Trend Penurunan Kes Jangkitan

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan harian COVID-19 di Sabah meneruskan trend penurunan sejak beberapa hari lalu dengan merekodkan 438 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan 48 kes lebih rendah berbanding kes semalam.

“Kota Kinabalu mencatatkan 81 kes baharu, 19 kes lebih rendah daripada semalam, tetapi kekal daerah yang paling tinggi jumlah kes harian.

“Daerah-daerah lain dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’, iaitu Tuaran, Kota Belud dan Ranau, semuanya mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi walaupun peningkatan kes adalah dalam jumlah yang kecil,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, kedudukan jumlah kes baharu di daerah-daerah lain adalah bercampur campur.

Katanya, terdapat penurunan kes baharu di Penampang, Papar, Keningau, Kota Marudu dan Tenom tetapi daerah Kinabatangan, Kuala Penyu dan Lahad Datu mencatat pertambahan kecil.

“Daerah Semporna, Telupid, Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak mencatat sebarang kes baharu.

“Seramai 429 orang atau sekitar 98 peratus daripada 438 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat orang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5,” katanya.

Katanya, dua orang pesakit lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya