HomeIsu tempatanPSKS Anjur Program Kesedaran Penyakit Kanser Di Kg Seri Menanti Sook

PSKS Anjur Program Kesedaran Penyakit Kanser Di Kg Seri Menanti Sook

Read Time:1 Minute, 30 Second

SOOK: Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) telah menganjur satu program memberi pengetahuan dan kesedaran kepada penduduk tentang bahaya penyakit kanser serta langkah-langkah pencegahan, yang diadakan di Balairaya Kg Seri Menanti di sini, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, usaha untuk menyebar luas kesedaran kanser terhadap penduduk luar bandar harus dipergiatkan , memandangkan kesedaran terhadap penyakit ini dalam kalangan masyarakat masih kurang.

Beliau dalam ucapannya turut memuji Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah kerana telah menjayakan program Kesedaran Kanser di Kg Seri Menanti.

“Meskipun PSKS Sook baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2019 dibawah pimpinan Puan Lucia Kihing selaku penyelaras, namun PSKS Sook telah bergerak secara aktif dan berjaya menganjurkan beberapa program dan salah satunya pada hari ini” tambah Ellron yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) Sook semasa beliau menyempurnakan program tersebut.

Beliau turut menyarankan agar usaha murni diteruskan supaya rakyat sentiasa peka terhadap kesihatan masing-masing dan tidak merasa malu untuk tampil ke pusat kesihatan bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Ellron juga turut menyokong penuh terhadap persatuan-persatuan sukarela dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan khidmat sukarela kepada masyarakat selaras dengan matlamat penubuhan masing-masing.

Beliau juga berharap agar PSKS terus mendampingi masyarakat dengan menganjurkan lebih banyak program sebegini di masa hadapan.

Difahamkan pada tahun hadapan program kesedaran ini akan diadakan sekali lagi dengan menjemput para ketua-ketua kampung dan JPKK-JPKK kampung di sekitar kawasan DUN Sook dalam usaha PSKS memberikan kesedaran kepada penduduk bandar.

Seramai 50 orang peserta telah menyertai Program Kesedaran Kanser di Kg Seri Menanti Sook. Program yang bermula pada jam 8.00 bertempat di Dewan Kg Seri Menanti itu diisi dengan slot perkongsian pejuang kanser Samsiah Ani daripada Nabawan serta ceramah Kesedaran Kanser daripada Dr Cliff Asher R Ongil.

Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden PSKS, Lawrence Imui serta warga penduduk kampung.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya