HomeIsu tempatanCOVID-19: Labuan Tukar Kepada Zon Merah

COVID-19: Labuan Tukar Kepada Zon Merah

Read Time:1 Minute, 6 Second

BERNAMA

LABUAN: Labuan merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa pada Jumaat (26 November 2021).

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata dua kluster aktif itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

“Kluster tersebut muncul pada 21 Nov dan kluster ini menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan,” katanya kepada Bernama.

Dr Ismuni berkata kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut.

“Sekurang-kurangnya 18 kes telah disahkan menerusi ujian reaksi berantai polimerase (PCR) dalam kluster tersebut, kita telah menganalisis kadar jangkitan kluster ini yang didapati tinggi,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kluster Bukit Kuda mula dikesan pada 19 Nov selepas satu keluarga mengadakan majlis pertunangan.

“Kluster berkenaan masih aktif dengan pertambahan bilangan kes positif,” katanya.

Dr Ismuni berkata satu subzon merekodkan 10 kes positif, zon dua (22), zon tiga (19), zon empat (32) dan subzon lima dengan 29 kes.

Beliau berkata dua pesakit (seorang daripadanya kanak-kanak) berada dalam kategori empat dan lima. Kedua-dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Labuan sedang berhadapan dengan turun naik kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktviti perhimpunan sosial,” katanya.– BERNAMA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya