HomeUtamaDBKK Lancar Pelan Antirasuah Bagi Tempoh 5 Tahun

DBKK Lancar Pelan Antirasuah Bagi Tempoh 5 Tahun

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melancarkan Pelan Antirasuah lima tahun (2021 – 2025) yang merupakan adaptasi daripada Pelan Anti Rasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) yang dilancarkan dua tahun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, pelan antirasuah DBKK adalah satu dokumen penting mengenai himpunan kemungkinan dan potensi berlakunya rasuah, sebarang bentuk pelanggaran, salah laku serta tindakan yang perlu sebagai pencegahan. 

“Sebanyak 53 potensi risiko terdapat dalam pelan berkenaan dan 198 pelan tindakan atau inisiatif bagi menangani potensi mahupun sebarang bentuk pelanggaran yang dipertanggungjawabkan kepada jabatan.

“Pelancaran ini amat signifikan dan bertepatan dengan hala tuju ‘Sabah Maju Jaya’ serta sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di barisan hadapan yang terlibat secara langsung dengan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya dalam majlis pelancaran itu disini semalam.

Abidin yang juga Menteri Bertanggungjawab kepada DBKK turut  menyeru semua anggota perkhidmatan DBKK supaya menghayati objektif pelan itu dan berharap ia dapat memantapkan integriti warga jabatan. 

Dalam pada itu, beliau juga menekankan agar sistem dan prosedur kerja jabatan terus dimantapkan, sentiasa dikaji serta diteliti bagi mengelakkan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Hadir sama, Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip, wakil Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah, Awang Samsul Baharam Bungso, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DSP Lee Nyuk Kim dan Ketua Pengarah DBKK, Junainah Abbie./ Penerangan-

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya