Allahyarham Datuk Lajim, Dr Lim Terima Anugerah Khas Maulidur Rasul 2021 Peringkat Daerah Beaufort

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih telah mengadakan program Ziarah Kasih dan seterusnya menyampaikan Anugerah Khas sempena sambutan Maulidur Rasul 2021 Peringkat Daerah Beaufort, hari ini.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias merangkap Ketua Bahagian Bersatu P. 177 Beaufort telah menyempurnakan penyampaian Anugerah Khas Sepanjang Zaman kepada seorang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Allahyarham Datuk Lajim Ukin diatas sumbangan dan jasa baiknya sepanjang hayatnya sebagai pemimpin yang dihormati dan disayangi oleh rakyat serta masyarakat Daerah Beaufort.

Isnin (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Beaufort 2021 kepada Dr Lim Guan Lee.

Anugerah tersebut diserahkan kepada Datin Normilah Siong iaitu balu kepada Allahyarham Datuk Lajim semasa mengadakan Ziarah Kasih di kediaman beliau di Kg Kaundu Kebatu dekat sini.

Anugerah Khas Tokoh Sepanjang Zaman itu disediakan oleh Badan Dakwah Daerah Beaufort yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Abdul Imam Basirun yang diwakili oleh Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Abidin Ali Hassan bersama kakitangan Jhaeins Daerah Beaufort.

Pada masa yang sama, turut menjadi perhatian pihak Badan Dakwah Daerah Beaufort adalah Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Beaufort iaitu Dr Lim Guan Lee antara penerima anugerah tersebut daripada kalangan Non Muslim kerana jasanya yang banyak menyumbang kepada masyarakat terutama sepanjang musim pandemik COVID-19 ini.

Lim turut menerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Daerah Beaufort 2021 diatas sumbangan beliau itu.

Isnin menyampaikan anugerah tersebut yang turut disaksikan oleh Pengarah KKM Daerah Beaufort Dr. Natazcza Abdul Rahim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *