HomeUtamaJPN Serah Kad Pengenalan Kepada Tiga Kanak-Kanak OKU

JPN Serah Kad Pengenalan Kepada Tiga Kanak-Kanak OKU

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah menyerahkan tiga dokumen kad pengenalan kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di Bukit Harapan di sini semalam.

Timbalan Pengarah JPN Sabah, Janet David berkata, ini merupakan pencapaian terbaik JPN dalam menyediakan perkhidmatan khas kepada orang ramai yang tidak berupaya berkunjung ke pejabatnya.

Katanya, JPN menitikberatkan terhadap pengeluaran dokumen penting agar semua masyarakat termasuk mereka yang kurang upaya agar dapat memperoleh pengenalan diri.

“Beberapa bulan dulu kita datang ke lokasi Bukit Harapan ini untuk mengambil beberapa keterangan bagi mendaftarkan kanak-kanak OKU ini.

“JPN tidak akan mengeluarkan terus Kad Pengenalan ini. Kita akan bawa ke pejabat untuk proses pendaftaran selanjutnya.

“Selepas semuanya teratur kita akan datang semula untuk menyerahkan kad pengenalan ini kepada pemohon,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Kad Pengenalan kepada tiga kanak-kanak OKU Bukit Harapan di sini semalam.

Kad Pengenalan ini disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan.

Janet berkata, perkhidmatan khas JPN ini adalah khusus kepada mereka yang tidak berkemampuan datang ke pejabat melibatkan warga emas, OKU, penduduk di luar bandar serta individu lain yang dalam kategori berkenaan.

 “Adalah menjadi matlamat JPN untuk memastikan semua rakyat warga Malaysia memperoleh dokumen penting ini. JPN bersedia menawarkan perkhidmatan ini kepada mereka yang memerlukan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular