Hajiji Rasmi Persidangan Tahunan BERSATU Bahagian Tuaran

Read Time:40 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tuaran Tahun 2021 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Sabah merupakan Ketua BERSATU Bahagian Tuaran.

Hajiji turut menerima sebanyak 800 borang permohonan menyertai BERSATU daripada mantan Ahli Jawatankuasa UPKO Bahagian Tuaran, Encik Lausop Bungkaris (400 borang), Ahli Muda Parlimen Malaysia, Encik Mohd.Shafik Sabdali (300 borang) dan mantan pemuda Upko Tambalugu, Encik Jo Sabastian (100 borang keahlian) di majlis itu.

Terdahulu beliau melawat Pameran Khas Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Johari Saiman, Ketua Srikandi Bahagian, Datin Jamaliah Antalip, Ketua Armada Bersatu Bahagian, Mohammad Ghazali Datuk Seri Panglima Haji Hajiji.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *