HomePolitikCadangan Had Tempoh Jawatan Ketua Menteri Akan Dibincangkan Dalam GRS

Cadangan Had Tempoh Jawatan Ketua Menteri Akan Dibincangkan Dalam GRS

Read Time:1 Minute, 18 Second

TUARAN : Cadangan bagi menghadkan jawatan Ketua Menteri Sabah yang diusulkan pada Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Bahagian Tuaran akan dibawa ke mesyuarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usul atau cadangan itu akan diteliti dan dibincangkan dengan semua pihak termasuk pimpinan GRS.

“BERSATU Bahagian Tuaran telah membuat satu usul iaitu menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal.

“Usul atau cadangan ini kita akan bawa ke mesyuarat GRS untuk dibincangkan dan jika dipersetujui, kita akan bawa kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran disini hari ini.

Hajiji yang juga Ketua BERSATU Bahagian Tuaran berkata, perkara itu adalah melibatkan pindaan Perlembagaan Negeri dan perlu diteliti secara terperinci oleh semua pihak termasuk rakan parti dalam GRS.

“Selepas itu barulah kita boleh meneruskan proses yang sewajarnya berhubung cadangan ini,” katanya.

Usul berkenaan dibentang dan diluluskan BERSATU Tuaran manakala semalam usul sama turut diluluskan pada persidangan BERSATU bahagian Kudat, Penampang, Papar, Kimanis, Tenom, Pensiangan, Ranau, Sandakan, Libaran, Batu Sapid an Tawau yang bersidang semalam.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, cadangan bagi mendaftarkan GRS menjadi gabungan politik rasmi juga perlu dibincangkan bersama pimpinan GRS.

“Cadangan bagi mendaftarkan GRS perlu kita bincang bersama rakan-rakan pimpinan parti GRS dan ia cadangan yang perlu diteliti dengan baik.

“Ini kerana kerajaan Sabah didokong oleh kerajaan GRS, jadi untuk mendaftar secara rasmi gabungan ini, ia merupakan satu cadangan yang baik.

“Kita akan pertimbangkan, mana-mana yang baik untuk politik Sabah dan GRS kita akan perhati dan teliti sebaiknya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya