Dr Roland Chia Ming Shen Ketuai Sayap Bersekutu BERSATU Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Datuk Dr Roland Chia Ming Shen dilantik sebagai Ketua Penaja Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah berkuatkuasa 14 Oktober 2021.

Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Sayap Bersekutu BERSATU Pusat, Dato Seri Santhara JP.

Hajiji (tengah) bergambar bersama Jawankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah.

BERSATU telah mewujudkan sayap parti untuk anggota bukan Bumiputera dan bukan Melayu, yang dikenali sebagai ahli bersekutu pada Persidangan Agung Tahunan parti itu pada November tahun lalu.

Dato Seri Santhara JP dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu BERSATU yang pertama berkuatkuasa pada 29 September 2021.

Beliau juga merupakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Ahli Parlimen Segamat.

Sementara itu, Dr. Roland Chia yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah.

Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah terdiri daripada pemimpin politik veteran dan pemuda daripada kalangan profesional dan komuniti peniaga.

Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah seperti berikut:

Ketua: Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen.
Naib Ketua: Datuk Charles O Pang Su Pin.
Penolong Setiausa: Julian Lai Tze Cheng.
Penolong Bendahari: Lai Kim Ming.
Ketua Penerangan: Lim Ting Khai.

Ahli Jawatankuasa: Datuk Jothi Veeramani A/L Valmuni, Datuk Nagaraju A/L Applasamy, Pang Shu Kin @ Pang Shu Hin, Benjamin Chin Tze Wei, Duncan Wong Hao Zheng, James Vun Ket Fah, Yee Tah Khong, Patrick Chia Tze Chang, Koh Seng Yee, Sarah Chong On Torng dan Yu Tze Ing.

Terdahulu, Dato Seri Santhara JP dan Datuk Dr Roland Chia mengetuai Jawatankuasa Penaja Sayap Bersekutu BERSATU Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Mengalu-alukan mereka ke dalam BERSATU, Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah berkata, beliau amat menghargai minat dan sokongan padu mereka kepada parti.

Beliau berkata, kehadiran mereka dalam BERSATU menunjukkan parti itu diterima dan mendapat sokongan kuat bukan sahaja daripada masyarakat Bumiputera tetapi juga bukan Bumiputera di Sabah.

“Saya mengalu-alukan semua daripada golongan bukan Bumiputera di Sabah untuk menyertai Sayap Bersekutu kita ini, dan bersama-sama kita bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan membawa lebih banyak kemajuan pembangunan kepada negeri ini,” kata Hajiji.

Turut hadir ialah Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Mohd Razali Md Razi dan Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *