HomeUtamaKerajaan Negeri Terima Dividen RM113.3 Juta Daripada 12 Badan Berkanun & GLC

Kerajaan Negeri Terima Dividen RM113.3 Juta Daripada 12 Badan Berkanun & GLC

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerima dividen berjumlah RM113, 266, 306.35 juta daripada 12 Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) bagi tahun 2021, meningkat 12.92 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dividen yang dibayar oleh badan berkanun berjumlah RM20,243,636 juta, iaitu daripada Lembaga Pelabuhan Sabah (RM2,743,636 juta) dan Perbadanan Kredit Sabah (RM17.5 juta).

Sejumlah RM93,022,670.35 juta dividen diterima daripada GLC negeri iaitu Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM10 juta), Progressive Insurance Berhad (RM6,645,375 juta), Sawit Kinabalu Berhad (RM9,997,500 juta), Desa Plus Sdn Bhd (RM5 juta), Petronas Dagangan Berhad (RM170,000), Tongod Plantation Sdn Bhd (RM1.02 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2,130,177.51 juta), Felda Global Ventures Holdings Berhad (RM1,977,973.84 juta), Tabin Wildlife Sdn Bhd (RM81,644), Saham Sabah Berhad (RM1 juta), Sabah Development Berhad (RM40 juta) dan Qhazanah Sabah Sdn Bhd (RM15 juta).

Qhazanah Sabah turut menyampaikan tambahan RM5 juta di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR).

Kerajaan Negeri turut menerima sumbangan RM1 juta daripada Koperasi Pembangunan Desa (KPD), yang mengisytiharkan keuntungan berdasarkan prestasi anak syarikatnya pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan dividen tersebut kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Rusdin Riman dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar menyerahkan cek sebanyak RM87,869,819.82 juta daripada anak syarikat Yayasan Sabah ICSB kepada Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong yang merupakan ahli lembaga pengarah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun,Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya