HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan Kaji Semula Metodologi Penetapan PGK

DUN Sabah : Kerajaan Kaji Semula Metodologi Penetapan PGK

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, ia seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara bermula daripada Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.

Katanya, metodologi pengiraan PGK dikemaskini kali terakhir pada 2005 dan PGK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM980 sebulan bagi satu isi rumah.

“Kajian ini telah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Kesihatan dan beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan bermula bulan Mac 2019 sehingga Jun 2020.

“Hasil daripada kajian semula yang dijalankan, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek.

“Antaranya ialah konsep penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada ‘minimum’ kepada ‘optimum minimum’ iaitu dengan mengambil kira peningkatan kualiti item bakul makanan berdasarkan Piramid Makanan 2020 dan kumpulan makanan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ewon Benedick (UPKO- Kadamaian) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, bagi PGK bukan makanan pula, keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan 20 peratus terendah (B20) yang dikenal pasti telah bertambah dari 106 kepada 146 item.

“Ini bermakna, 40 item yang dahulunya tidak dianggap sebagai keperluan asas kepada kumpulan B20, kini telah dimasukkan ke dalam senarai tersebut.

“Selain itu perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada tahun 2019 berbanding tahun 2005 turut ditambahbaik dalam aspek ini,” katanya

Dalam perkembangan lain, Jahid berkata, sehingga 1 Disember lalu, jumlah miskin tegar adalah 41,490 orang, manakala jumlah miskin pula ialah 24,864 orang dan jumlah terkeluar adalah 20,412 orang.

“Oleh itu, keseluruhan statistik kemiskinan negeri Sabah menunjukkan sebanyak 86,766 orang miskin tegar, miskin dan terkeluar,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya