HomeUtamaDUN Sabah : KPLB Sabah Hanya Terima 400 Unit Agihan Rumah PPRT

DUN Sabah : KPLB Sabah Hanya Terima 400 Unit Agihan Rumah PPRT

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah hanya menerima 400 unit agihan rumah dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Sabah pada tahun ini.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, jumlah agihan PPRT yang telah diperuntukkan  selama ini masih jauh kurang daripada keperluan sebenar.

“Untuk makluman, jumlah keperluan PPRT secara purata setiap tahun adalah sebanyak 4,500 unit. Untuk tahun ini, agihan PPRT yang diterima oleh Kementerian saya hanyalah 400 unit sahaja.

“Sememangnya Kementerian saya telah sedia maklum dengan keperluan untuk menambah kuota PPRT.

“Kementerian saya telah mengambil usaha-usaha untuk menambah kuota PPRT di Sabah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Liawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaa Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR-Liawan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jahid berkata, usaha bagi menambah kouta itu termasuklah mengemukakan surat makluman kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLBP) ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah.

Katanya, susulan daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah, Kementeriannya telah bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah untuk membuat unjuran keperluan pembinaan rumah PPRT bagi tempoh lima tahun.

“Ssurat berkaitan perkara ini juga telah dikemukakan kepada pihak KPLBP,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid berkata, usaha dan tekad untuk menambah kuota PPRT juga telah dibuat melalui lawatan kunjungan hormat beliau kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

“Saya telah membawa isu berkenaan penambahan kuota PPRT untuk perhatian beliau. Sekali lagi, cadangan untuk menambah kuota PPRT juga dibangkitkan semasa Menteri KPLBP membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah yang mana saya juga turut hadir,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya