HomeUtamaCCA Diyakini Mampu Hasil Pendapatan Baharu Sabah

CCA Diyakini Mampu Hasil Pendapatan Baharu Sabah

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Pendapatan baharu kepada negeri Sabah diyakini mampu dihasilkan menerusi Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang ditandatangani di antara kerajaan Sabah dan PETRONAS semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, menerusi perjanjian itu juga telah membuka lebih banyak peluang perniagaan dalam bidang minyak dan gas seterusnya melonjakkan ekonomi Sabah.

“CCA ini sesuatu perkara yang boleh mendatangkan pendapatan baharu kepada negara dan juga negeri.

“Ini adalah suatu yang sudah lama dinantikan oleh rakyat Sabah kerana ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat minyak dan gas di Sabah untuk menceburi dalam bidang perniagaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tahlil 100 hari Pemergian Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Sakaran Dandai disini malam tadi.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, pemeteraian CCA itu juga merupakan salah satu usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dimana PETRONAS akan memberi lebih banyak peluang kepada Sabah dalam industri minyak dan gas.

Semalam, kerajaan negeri dan PETRONAS menandatangani CCA menjadi kerajaan bersejarah kepada kerajaan GRS.

Pada majlis itu juga syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah, SMJ Petroleum Sdn Bhd ditubuhkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya