HomeUtamaProjek Terminal Operasi Kargo Pertama Di Borneo Akan Dibangunkan Di Terminal 2...

Projek Terminal Operasi Kargo Pertama Di Borneo Akan Dibangunkan Di Terminal 2 KKIA

Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Of Intent (MOI) diantara Sabah Air Aviation Sdn.Bhd dan Pos Aviation Sdn.Bhd untuk membangun Projek Terminal Operasi Kargo Berintergrasi Penuh yang pertama di Borneo, di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini. (8 Disember 2021)

Sabah Air diwakili oleh Pengerusinya Kenny Chua dan Pos Aviation diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer.

Hajiji berharap kerjasama kedua-kedua pihak untuk mewujudkan Terminal Operasi Kargo (CTO) yang pertama di Borneo, di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan membantu merancakkan lagi aktiviti dan menjaga ekonomi negeri Sabah.

CTO yang berintergrasi penuh itu akan menjadi pusat perkhidmatan logistik berteknologi tinggi untuk mengendalikan pelbagai jenis kargo termasuk e-dagang apabila beroperasi penuh nanti.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Rusdin Riman dan GCEO Sabah Air, Rodney Linus.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya