HomeIsu tempatanPersatuan Amal dan Jariah Sabah Sediakan Perkhidmatan Pengurusan Jenazah

Persatuan Amal dan Jariah Sabah Sediakan Perkhidmatan Pengurusan Jenazah

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Amal dan Jariah Sabah akan menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada umat Islam.

Pengasas Persatuan Amal dan Jariah Sabah, Masrul Guding berkata sebuah lori bakal dibeli untuk dijadikan sebagai sebuah bilik pengurusan jenazah bergerak yang dilengkapi kemudahan bagi tujuan pengurusan serta yang pengangkutan jenazah di kawasan tidak mempunyai masjid atau surau berdekatan.

Menurut Masrul, persatuan tersebut sedang berusaha untuk mengumpulkan dana berjumlah RM250 ribu bagi tujuan pembelian lori berkenaan memandangkan dana masih tidak mencukupi.

“Buat masa sekarang, kita telah menyediakan sebanyak lima buah perkhidmatan van jenazah untuk pengangkutan jenazah secara percuma yang mana empat buah van beroperasi di sekitar Kota Kinabalu dan sebuah van lagi di Lahad Datu.

“Persatuan ini juga, sedang merancang menyediakan perkhidmatan van jenazah di seluruh daerah dan sehingga bulan November tahun ini, kita telah membantu sebanyak 366 jenazah termasuk jenazah Covid-19 sejak perkhidmatan tersebut beroperasi pada Oktober tahun lalu,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Presiden Persatuan Mantan Pelajar Tajaan Yayasan Sabah (MAYA), Datuk Ahmad Lakim dan rombongan yang bertujuan menyampaikan ucapan penghargaan serta penerangan mengenai perancangan aktiviti persatuan terbabit.- PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya