HomeUtamaDUN Sabah : Pusat Sains, Teknologi & Inovasi Dibangunkan Secara Berfasa

DUN Sabah : Pusat Sains, Teknologi & Inovasi Dibangunkan Secara Berfasa

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) akan membangunkan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara berfasa bermula di Perpustakaan Cawangan Keningau.

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, pusat STI berkonsepkan sains asas adalah platform kepada pelajar untuk mempelajari ilmu STI dalam suasana menyeronokkan.

Katanya, dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tahun 2022, sebanyak RM1.5 juta akan diperuntukkan bagi Pembangunan Prasarana Sains di negeri ini.

“Kementerian turut memperuntukkan sebanyak RM200,000 setahun untuk projek penyelenggaraan kecil makmal sains sekolah di samping pemberian dana peralatan makmal sains dan penubuhan Sudut Sains dan Inovasi untuk sekolah-sekolah terpilih.

“Selain itu, KSTI juga turut bekerjasama dengan MOSTI untuk memartabatkan lagi bidang STI di Sabah dimana MOSTI akan membangunkan Pusat Sains Negara Cawangan Sabah pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Yakub berkata, melalui Jawatankuasa Kecil (SWC) PETRONAS CSR – Education and Human Capital Development, Kementerian dan PETRONAS telah mengadakan Design Thinking Lab: Project Rafflesia ke atas cadangan pembinaan Pusat STI di Perpustakaan Cawangan Sandakan dan Tawau.

“InsyaAllah, hasrat untuk menubuhkan Pusat STI di setiap zon dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan cepat dengan kerjasama pelbagai agensi.

“Dalam pada itu, Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi (MPTI) Sabah telah ditubuhkan bagi menasihati KSTI dalam isu berkaitan STI,” katanya.

Katanya, kementerian juga kini dalam perancangan untuk merangka Dasar Sains Negeri Sabah 2022-2025 dengan kerjasama MOSTI dan Akademi Sains Malaysia pada awal tahun hadapan.

Dalam pada itu, Yakub berkata, peruntukan biasiswa sebanyak RM55 juta menunjukkan komitmen Kerajaan yang amat besar untuk membangunkan modal insan selaras dengan Pelan Sabah Maju Jaya.

Katanya, modal insan merupakan asset terbesar dalam memastikan apa pun usaha Kerajaan dalam membangunkan negeri ini dapat dicapai.

“Keutamaan akan ditumpukan dalam bidang Sains dan Teknologi serta kursus kemahiran dan TVET.

“Tahun ini, Kementerian telah menawarkan biasiswa kepada 1,792 orang peringkat diploma hingga PHD. Jumlah keseluruhan Pelajar Tajaan adalah seramai 5,223 orang pelajar termasuk 30 orang pelajar di luar negara,” katanya.

Katanya, Kementeriannya melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) akan sentiasa bertanggungjawab untuk menjayakan agenda pembangunan modal insan di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya