HomeSukanDUN Sabah : KBS Laksana Felo SMJ Realisasi Golongan Belia Elit

DUN Sabah : KBS Laksana Felo SMJ Realisasi Golongan Belia Elit

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan melaksanakan program Felo Sabah Maju Jaya (Felo SMJ) bagi merealisasikan golongan belia elit.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Felo SMJ adalah untuk menempatkan belia berusia 18 hingga 30 tahun sebagai protege di Kementerian, agensi dan Government Link Company (GLC).

Katanya, Felo SMJ ini berkonsepkan ‘direct mentoring’ yang melibatkan penempatan ‘mentee’ bersama dengan Ahli Jemaah Menteri Negeri Sabah selama enam bulan.

“Bagi memenuhi keperluan semasa dalam menyiapkan belia Sabah berusia 18 tahun sebagai pengundi dan terlibat dalam aktiviti politik secara sihat, Dewan Belia Sabah (DBS) diperkenalkan untuk membuka peluang kepada belia seawal 15 hingga 30 tahun untuk mewakili suara belia daripada 73 DUN di Sabah.

“DBS berfungsi sebagai platform untuk menyampaikan isu-isu berbangkit serta mengemukakan cadangan penambahbaikan daripada golongan belia yang boleh membangunkan kesejahteraan belia dan masyarakat di kawasan masing-masing.

“Untuk mencapai matlamat ini, KBS Sabah akan melaksanakan program kepimpinan belia yang meliputi Pendidikan Politik di peringkat Sekolah Menengah, program Outreach Leadership Non-Finito dan Kecemerlangan Kepimpinan Belia Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Ellron berkata, fokus pelaksanaan program ini ialah di kawasan-kawasan luar bandar bagi menyantuni para belia untuk mendapatkan data dan isu-isu setempat berkaitan belia.

Katanya, antara pengisian program adalah Program Dialog Bersama Belia dan Komuniti Luar Bandar yang membincangkan isu-isu setempat.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular