HomeUtamaAPM Sabah Laksana Pemeriksaan Teknikal PWS, Kenalpasti Lokasi Sesuai

APM Sabah Laksana Pemeriksaan Teknikal PWS, Kenalpasti Lokasi Sesuai

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah akan menjalankan pemeriksaan teknikal lanjut kepada siren amaran awam (PWS) sedia ada dan mengenal pasti lokasi sesuai bagi pemasangan siren.

Pengarah APM Sabah Kol.(PA) Sharudin Md Zain berkata, lokasi bersesuaian itu membabitkan kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi.

Katanya, ia bagi memastikan litupan siren ini mencapai jarak yang maksimum untuk memberikan amaran sebelum kejadian bencana berlaku.

“Sebelum ini APM Sabah telah melaksanakan uji lari PWS pada 1 Disember lalu yang diaktfikan di Rumah Persekutuan Kota Kinabalu (RPKK).

“Uji lari telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa siang dari jam 11 pagi hingga 12 tengahari dan fasa malam dari jam 10 malam hingga 11 malam.

“Berdasarkan jangkaan awal bahawa nada bunyi siren ini boleh mencecah jarak litupan antara tiga hingga lima kilometer, hasil uji lari mendapati jarak litupan siren hanya mencecah jarak radius 1.3 kilometer pada fasa siang manakala fasa malam dapat mencapai jarak radius 3.4 kilometer,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sharudin berkata, penilaian post mortem yang dijalankan APM Sabah mendapati beberapa faktor menjadi punca jarak litupan yang kurang berkesan.

Katanya, kedudukan siren yang tidak terlalu tinggi ditambah dengan halangan bangunan tinggi lain di sekeliling lokasi siren.

“Selain itu, halangan bukit dan bentuk muka bumi yang lebih tinggi sekaligus menyerap gelombang bunyi siren.

“Impak gangguan bunyi bising (noise hazard) yang tinggi pada waktu siang di samping tiupan arah angin yang tidak menentu menjadi antara halangan kepada litupan PWS,” katanya.

Dalam pada itu, Sharudin berkata, APM Sabah berharap agar orang awam mengambil tahu mengenai maksud dan tindakan bagi setiap nada bunyi siren melalui lawan sesawang rasmi APM di www.civildefence.gov.my.

“Dengan pengetahuan ini diharapkan menambah kesedaran orang awam agar lebih peka dengan ancaman yang boleh menggugat keselamatan awam khususnya di Negeri Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular