MATA Aerotech Sertai Pameran Aspirasi Keluarga Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kuala Lumpur : Sebagai sebuah syarikat berteraskan tekonologi terkini di dalam industri Pertanian dan Perladangan, Syarikat MATA Aerotech menyertai pameran Aspirasi Keluarga Malaysia ( AKM) di bawah projek NCER di mana MATA merupakan sebuah syarikat PKS yang menerima geran usahawan dan modal insan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MATA Aerotech En Wan Azrain Adnan, Booth MATA Aerotech terletak di Pavilion NCER di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan orang ramai yang hadir dijemput untuk melihat sendiri teknologi DRON yang digunakan oleh syarikat dalam industri Perladangan dan Pertanian.

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) #KeluargaMalaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini ( 9 Disember) sehingga 12 Disember ini.

Antara tarikan lain pada program itu, Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia serta diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri pada Ogos lalu selepas dilantik memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan.

Program 100 Hari AKM yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat Keluarga Malaysia merentasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan.

Program 100 Hari AKM ini antara lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula negara untuk mengembleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19 dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *