HomeUtamaKerajaan Negeri Sokong Penuh Usaha TTS & JPNS Pelihara Khazanah Alam Semulajadi

Kerajaan Negeri Sokong Penuh Usaha TTS & JPNS Pelihara Khazanah Alam Semulajadi

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyokong penuh usaha dan komitmen Taman-Taman Sabah (TTS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk terus menjaga dan memulihara khazanah alam semulajadi Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, TTS telah menguruskan menguruskan hampir satu juta hektar kawasan perlindungan di negeri ini.

“Kawasan perlindungan yang meliputi ekosistem marin dan daratan ini merupakan antara aset terpenting Sabah untuk kita jaga, agar dapat dinikmati oleh generasi seterusnya.

“Kita sebagai manusia akan terus meneroka dan mempelajari tentang alam semulajadi. Dengan mempelajarinya manusia akan menyedari betapa pentingnya kita menjaga dan menghargai khazanah alam yang telah dikurniakan kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Junior Park Rangers Series- Virtual Tours: Wonders of Sabah Parks ini disini hari ini.

Hadir sama, Pengarah TTS Dr Maklarin Lakim.

Yakub berkata, pihaknya turut berharap program virtual tour yang diadakan itu dapat meneruskan usaha memberi ilmu pengetahuan dan meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus bersama-sama memelihara khazanah alam semulajadi.

Katanya, program yang mengintegrasi sains alam semulajadi dan teknologi virtual tour itu dapat membina jaringan yang lebih luas dan hubungan intektual dengan para pelajar khususnya Renjer Muda TTS.

“Saya menyeru kerjasama semua pihak khususnya ibu bapa dan guru supaya terus memberi sokongan padu dalam menggalakkan dan mendorong penyertaan anak-anak ataupun pelajar dalam semua program pendidikan alam semulajadi demi memastikan generasi akan datang adalah generasi yang unggul dalam memulihara khazanah alam semulajadi,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata,  pihaknya bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) giat berusaha memperbaiki capaian internet dan membina prasarana komunikasi di seluruh negara.

Katanya, pihaknya turut memahami bahawa pihak penganjur dan peserta telah menghadapi pelbagai cabaran teknikal, terutamanya kekangan litupan internet di sesetengah kawasan yang terpencil.

“Walaupun begitu, program ini telah berjaya dihadiri sejumlah 3,520 orang peserta dari seluruh golongan masyarakat.

“Saya bagi pihak penganjur, ingin berterima kasih kepada sekolah-sekolah yang aktif mengikuti program Virtual Tours, disamping orang awam yang telah menjayakan program ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya