Jawatankuasa Laksana Program Putatan Bersih 2022 Ditubuhkan

Read Time:51 Second

PUTATAN: Satu Jawatankuasa akan dibentuk di peringkat daerah Putatan bagi  melaksanakan Program Putatan Bersih tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini bagi memastikan tahap kebersihan di daerah ini dapat dipertingkatkan.

“Kita harap dengan adanya Program Putatan Bersih sepanjang tahun 2022 nanti, maka tahap kebersihan  di daerah ini akan dapat kita tingkatkan.

“Ianya juga agar kita dapat membudayakan kebersihan yang tinggi dalam kehidupan seharian kita di Putatan mahupun di Negeri Sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Maulidur Rasul Peringkat Daerah Putatan di Dewan Sri Putatan, Putatan, disini semalam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan mereka bagi mengelak daripada jangkitan sebarang penyakit.

“Tanam tekad untuk meningkatkan penjagaan kebersihan dalam diri, masyarakat, daerah dan negeri agar kita dapat hidup dalam keadaan yang sejahtera dan mengelakkan jangkitan penyakit yang tidak diingini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.