HomeUtamaRM20 Juta Insentif Harga Getah Tahun 2022

RM20 Juta Insentif Harga Getah Tahun 2022

Read Time:2 Minute, 25 Second

TUARAN: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembayaran Insentif Harga Getah dalam Belanjawan Negeri tahun 2022 untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, melalui insentif itu para pekebun kecil akan diberi tambahan harga getah sebanyak RM0.25 sekilogram bagi getah kentalan.

Manakala Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) akan menyumbangkan subsidi sebanyak RM0.05 bagi sekilogram getah kentalan menjadikan jumlah tambahan harga bagi sekilogram adalah RM0.30 pada tahun 2022.

Katanya, dalam Belanjawan 2022, LIGS telah diperuntukkan sebanyak RM5.23 juta bagi perbelanjaan pembangunan, selain terus menerima geran bantuan kerajaan sebanyak RM11 juta.

“LIGS juga akan meneruskan pembangunan kawasan ladang melalui Program High Impact Project (HIP) Tanam Baru dan Tanam Semula Getah Secara Berkelompok yang melibatkan 2,333 pekebun kecil, serta terus melaksanakan program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) kepada pekebun-pekebun kecil getah dengan empat bidang usaha iaitu tanaman halia, nanas MD2, pisang nipah dan penternakan ikan talapia”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di Dewan Persatuan Rumpun Bajau SAMA Sabah, Kampung Lok Batik, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini dan sentiasa mencari jalan untuk membantu, terutama ketika negara masih bergelut dengan masalah COVID-19 sehingga golongan tersebut turut menerima kesan akibat pandemik ini.

Menyedari dan memahami situasi sukar ini, beliau berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai bantuan termasuk Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 1.0 hingga 3.0 secara one-off yang mencecah bayaran lebih RM353 juta selain pemberian bakul makanan kepada semua rakyat yang terjejas termasuk pekebun kecil getah, bermula sejak akhir tahun lalu.

Menurutnya, selain COVID-19, para pekebun kecil juga terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu terutamanya pada setiap akhir tahun sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

“Justeru Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Bantuan Musim Tengkujuh (BMH) kepada seluruh pekebun kecil getah di negara ini khasnya di Sabah sebagai usaha dan sokongan untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan Negeri melalui LIGS akan mengagih-agihkan BMT yang berjumlah RM51,793,800 kepada 86,323 pekebun kecil di seluruh negeri dengan bantuan RM600 bagi setiap pekebun kecil. Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri dan Persekutuan, saya menyeru para pekebun kecil untuk terus mempertingkatkan produktiviti pengeluaran getah mereka.

“Penyaluran BMT ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh selain akibat penularan pandemik COVID-19”, tegasnya.

Hajiji juga menyeru pengurusan dan semua lapisan kakitangan LIGS agar terus berusaha meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kepada para pekebun kecil getah terutama dalam aspek membangunkan tanah-tanah milik pekebun kecil sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah-getah ke pasaran antarabangsa.

Katanya, LIGS juga perlu memikirkan kaedah baru lain yang boleh membantu pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini.Melalui pengurusan yang baik, saya percaya LIGS mampu membantu untuk memasarkan atau menjual hasil getah mereka.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya