HomeUtamaUsahawan India Sabah Boleh Bantu Merealisasikan Hala Tuju SMJ

Usahawan India Sabah Boleh Bantu Merealisasikan Hala Tuju SMJ

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan semua termasuk masyarakat India diperlukan untuk memastikan matlamat di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata SMJ adalah rangka pembangunan yang inklusif untuk menjadikan Sabah dan rakyatnya progresif.

Beliau turut menggesa masyarakat India dan usahawan di Sabah mengambil kesempatan daripada pakej ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12).

“Saya berharap masyarakat India di Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan memastikan semua agenda serta inisiatif pemulihan ekonomi dalam SMJ berjaya,” katanya semasa majlis makan malam bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Hotel Le Meridien di sini malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya.

Ketua Menteri turut mengambil maklum tentang rungutan masyarakat India Sabah, terutamanya berkaitan isu yang tidak dapat diselesaikan seperti pemastautin tetap dan pembiayaan untuk kuil.

“Saya percaya isu ini boleh ditangani dengan kerjasama antara SICC dan badan yang mewakili masyarakat India,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan MB Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya