HomeSukanSabah Dipilih Lokasi Kejohanan Golf TYT Pulau Pinang, Perkukuh Hubungan Baik

Sabah Dipilih Lokasi Kejohanan Golf TYT Pulau Pinang, Perkukuh Hubungan Baik

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sabah dipilih menjadi lokasi penganjuran Kejohanan Golf Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Pulau Pinang.

Kejohanan anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai itu akan diadakan di Sutera Harbour Golf Resort Club.

Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Mohd Abdul Rahman Ismail berkata, penganjuran kejohanan ini adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik antara kerajaan Pulau Pinang dan Sabah.

“Menjunjung kasih kepada TYT Sabah kerana menyambut rombongan kami ke negeri ini.

“Bagi mengeratkan hubungan kedua-dua negeri, kita memilih Sabah sebagai lokasi Kejohanan Golf Piala TYT Pulau Pinang 2021 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai di Sutera Harbour Golf Resort Club.

“Kejohanan ini pada kebiasaanya kita adaka di luar Pulau Pinang dan pada kali ini kami memilih Sabah sebagai lokasi kejohanan bagi meraikan hari jadi rasmi ke-72 TYT Pulau Pinang pada Selasa depan,”katanya.

Beliau ditemui media ketika mengiringi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak serta  isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor yang mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, disini hari ini.

Abdul Rahman berkata, kunjungan ke Istana Seri Kinabalu itu juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pulau Pinang dan Sabah.

“Kunjungan ini juga adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara dua buah negeri dimana TYT sendiri berhasrat untuk melawat Sabah yang indah ini,”katanya.

Pada kunjungan itu, Tun Ahmad Fuzi menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Majlis pengurniaan itu  disempurnakan Tun Juhar Mahiruddin, sambil disaksikan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Kunjungan Utama Istana Seri Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya