HomeIsu tempatanUMSKAL Anjur Pertandingan Video Infografik Seni Warisan Rakyat Malaysia

UMSKAL Anjur Pertandingan Video Infografik Seni Warisan Rakyat Malaysia

Read Time:2 Minute, 17 Second

LABUAN: Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat (EA01603) Semester I, Sesi 2021/2022 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Pertandingan Video Infografik Seni Warisan Rakyat Malaysia pada 11 Disember lalu secara dalam talian.

Pertandingan itu disertai seramai 12 peserta yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) (2 penyertaan), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), SMK Skudai, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Bukit Mertajam High School, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Dannyraj S/O Palaraman, juara keseluruhan
Dannyraj S/O Palaraman, juara keseluruhan.

Turut menyertai pertandingan itu ialah Kota Kinabalu High School, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan orang awam.

Ketua Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMSKAL, Gabriel Moinjil berkata pertandingan video infografik berkenaan dengan seni warisan rakyat di Malaysia adalah julung kalinya dilaksanakan di UMSKAL dan sebagai satu pendekatan yang diambil oleh Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat di bawah PKPP bagi meningkatkan pengetahuan pelajar dan masyarakat terhadap seni warisan yang terdapat di Malaysia.

Katanya, rasional program ini adalah mengambil kira adanya seni warisan yang unik yang terdapat di negara kita dan semakin dilupakan oleh generasi muda kerana kurangnya pendedahan dan sikap tidak ingin tahu.

Jelas beliau, dengan adanya pertandingan secara dalam talian dilaksanakan, video seni warisan rakyat Malaysia dapat direkodkan dan ditonton pada masa akan datang melalui media sosial seperti Youtube.

“Objektif pertandingan itu ialah meningkatkan pengetahuan perserta dan masyarakat berkenaan warisan seni pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia.

“Selain itu, membina dan meningkatkan minat, kreativiti, kebolehan dan potensi peserta dalam penyediaan video seni dan warisan.

“Pada masa sama, meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan memelihara seni warisan pelbagai etnik yang semakin dilupakan oleh di Malaysia,”kata Gabriel lagi.

Gabriel berkata selain untuk mencapai objektif tersebut, para pelajar juga dapat mempelajari kaedah untuk penganjuran program dan aktiviti walaupun dilaksanakan secara dalam talian.

Turut hadir Jurulatih Kursus Kokurikulum Tarian Rakyat Semester 1, Sesi 2021/2022, Mas Adi Alimin dan Pengarah Projek tersebut, Abiezer Aaron Mawilis (pelajar tahun 1).

Tiga hakim yang berpengalaman dari UMSKAL mengadili pertandingan tersebut.

Pada pertandingan itu, pelajar IKBN Seri Iskandar, Dannyraj S/O Palaraman muncul johan diikuti naib johan Dishaherra Kassun dari Universiti Malaysia Sabah dan ketiga pelajar English College, Vibushanen A/L Palanival.

Kesemua mereka menerima hadiah wang tunai dan sijil manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.

Soalan kuiz berkenaan seni dan warisan juga dilaksanakan semasa pertandingan. Pemenang juga menerima wang tunai.

Sementara itu, kaedah pelaksanaan pertandingan ialah peserta perlu menghantar video infografik berkenaan seni warisan di Malaysia.

Kandungan video adalah penerangan berkenaan seni dan warisan yang berkaitan dan dipersembahkan secara kreatif untuk ditonton. Video yang berdurasi 3 hingga 5 minit perlu dihantar bermula pada 5 Disember hingga 10 Disember 2021 kepada penganjur.

Penilaian pertandingan dilaksanakan pada 11 Disember 2021 dan semua video peserta ditayangkan untuk dinilai oleh hakim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya